PERKHIDMATAN KAMI

Kerja-kerja peniupan kaca kami meliputi semua jenis peralatan kaca yang diperbuat dari kaca borosilicate dan silica atau quartz. kami juga menyediakan kerja-kerja peniupan kaca lembut atau soda lime glass.



Perundingan peralatan kaca santifik


Kerja -kerja perundingan yang biasa kami lakukan adalah merekabentuk dan 'setting up' radas dan peralatan kaca yang baru, terutamanya bagi ujikaji terbaru ataupun yang memerlukan modifikasi. Ianya termasuklah 'setting up' peralatan vacuum line. kami juga menjalankan kerja-kerja penyediaan dan kursus latihan asas bengkel kerja kaca yang bersaiz kecil dan sederhana bergantung kepada permintaan.



Rekabentuk dan fabrikasi peralatan kaca saintifik

Kami merekabentuk dan memfabrikasi radas kaca menurut tempahan anda - "custom made". Kaca "custom made" biasanya perlu ditempah dari luar negara dan ini memerlukan kos yang tinggi dan jangkamasa pembuatan dan penghantaran yang lama. Pihak kami menjamin kadar kos pembuatan yang rendah dan jangkamasa pengeluaran nya juga amat singkat.



Baik pulih dan ubah suai peralatan kaca saintifik

Kami juga menyediakan khidmat membaiki dan modifikasi peralatan radas kaca menurut permintaan anda. Biasanya peralatan kaca yang pecah atau retak bergantung kepada keadaannya boleh dibaiki semula dengan baik dan boleh digunakan kembali saperti biasa. Biasanya hampir 90% peralatan kaca boleh dibaik pulih dan dapat berfungsi saperti biasa.


Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut sila berhubung dengan kami,

NINA - 014 9488973

RAMLEE - 014 9488972

atau email kacasaintifik@gmail .com













PENIUP KACA - GLASSBLOWER

Tenaga pakar kami mendapat didikan dan latihan profesional di UK dalam bidang peniupan kaca saintifik. Mempunyai pengalaman dan kepakaran selama 15 tahun. Kepakarannya meliputi rekabentuk, fabrikasi, baik pulih dan perundingan khidmat nasihat tentang kaca saintifik. Memberi latihan formal kepada pelatih yang ingin menjadi peniup kaca profesional.

Anda ada persoalan tentang peniupan kaca saintifik? Sila email kacasaintifik@gmail.com

Nasihat pakar kami kepada semua pelanggan yang dihormati sebelum sebarang tempahan atau belian baru dilakukan, dapatkan nasihat kami dahulu samada peralatan tersebut boleh difabrikasi dengan kos yang lebih murah ataupun boleh dibaiki dan diubahsuai, kerana ianya dapat menjimatkan kos perbelanjaan anda. Kami menjamin nasihat dan alternatif yang terbaik untuk anda. Terima kasih.



GALERI PRODUK KAMI

Galeri gambar berikut adalah peralatan kaca yang telah kami hasilkan menurut tempahan pelanggan. Sila hubungi kami seandainya anda perlukan sebarang cadangan atau idea untuk peralatan kaca anda. Sila kirimkan gambarajah peralatan tempahan anda kepada kami melalui email supaya kami dapat memberikan cadangan, pendapat dan idea sebelum tempahan anda dibuat. Sebutharga hanya akan dikeluarkan setelah anda bersetuju dengan spesifikasi gambarajah tersebut.

adaptors

adaptors

multi glassware 1

multi glassware 1

multi glassware 2

multi glassware 2

multisocket reactor flask

multisocket reactor flask

jacketed reactor chamber

jacketed reactor chamber

jacketed reactor

jacketed reactor

jacketed reactor

jacketed reactor

Fractional distillation app

Fractional distillation app

simple dean & stark

simple dean & stark

essential oil app

essential oil app

diffusion pump

diffusion pump

markham still

markham still

bulb condensor ( jacketed special)

bulb condensor ( jacketed special)

coil condensor ( special)

coil condensor ( special)

bulb condensor (special)

bulb condensor (special)

Condensor straight, coil and vigraux

Condensor straight, coil and vigraux

bioreactor flask

bioreactor flask

bioreactor jacketed fritted column

bioreactor jacketed fritted column

bioreactor head

bioreactor head

bioreactor tail end

bioreactor tail end

impinger

impinger

jacketed reactor

jacketed reactor

reactor flask with flange

reactor flask with flange

reactor with stirrer guide

reactor with stirrer guide

tlc sprayer

tlc sprayer

splash head

splash head

bubbler head

bubbler head

chromatography colummns

chromatography colummns

glass stirrers

glass stirrers

viscometer

viscometer

soxhlet with alihn condensor

soxhlet with alihn condensor

soxhlet big

soxhlet big

soxhlet set big

soxhlet set big

simple extractor

simple extractor

Antara kaca soda lime, borosilicate dan quartz

Kebanyakan kaca yang diperbuat dari kaca soda lime ( kaca lembut ) adalah radas2 kaca yang diguna untuk dilupuskan ( disposable ).Biasanya kaca ini diperbuat didalam produksi yang banyak dan harganya amat murah dipasaran.Kaca soda lime ini tidak boleh digunakan untuk pemanasan malahan ianya juga tidak tahan kepada serangan bahan kimia. Contohnya saperti pipet, buret dan silinder penyukat. Kaca borosilicate pula adalah kaca yang paling popular untuk dijadikan peralatan radas kaca disbbkan ianya tahan kejutan terma, tahan serangan kimia dan boleh dipanaskan kesuhu yang tinggi. Kaca jenis ini adalah kaca yang paling sesuai untuk dijadikan peralatan radas kaca bagi hampir kebanyakan ujikaji didunia. Bagi ujikaji yang memerlukan suhu yang amat tinggi biasanya kaca quartz lah yang menjadi pilihan. Begitu juga jika ujikaji tersebut memerlukan transperansi lutsinar kaca yang terbaik, maka quartz lah jawapannya.